Followers

Friday, 7 December 2012

Sungai

Sungai lui

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya
Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya
Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini




BAHASA MALAYSIA KBSR TAHUN 1
MY MENTOR TEMANKU

Baca petikan di bawah. Kemudian,lengkapkan ayat.


     Pada hujung minggu yang lalu,saya sekeluarga berkunjung ke Air Terjun Sungai Gabai.

Air Terjun itu terletak di Batu 21,Sungai Lui,Hulu Langat,Selangor.

     Sepanjang perjalanan ke Air Terjun Sungai Gabai,kami melalui perkampungan yang indah dengan 

pepohon yang menghijau.  Sebaik-baik sahaja sampai di kaki air terjun itu, kami dapat menyaksikan

air terjun yang deras mengalir masuk ke anak sungai.  Kami berasa seronok kerana dapat bermandi 

manda di Air Terjun Sungai Gabai yang sejuk dan menyegarkan.


1.   Pada hujung minggu yang lalu,saya sekeluarga berkunjung ke__________________________.

2.   Air Terjun Sungai Gabai terletak di_________________________________.

3.   Sepanjang perjalanan ke Air Terjun Sungai Gabai,kami melalui__________________________

      dengan pepohon yang menghijau.

4.   Kami dapat menyaksikan ______________________mengalir masuk ke anak sungai.

5.   Kami berasa seronok kerana dapat bermandi-manda di Air Terjun Sungai Gabai yang________

      _____________.




SELAMAT MENCUBA

CIKGU DILA CIK SOLFA





SEJARAH MALAYSIA


RINGKASAN SEJARAH MALAYSIA

Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.
Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokohyang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.
Semangat Nasionalisme
Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, Rahman telah memberi sinar Melayu mentadbir sendiri negaranya” muncullah golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan
sendiri.
Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).
Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.
merdeka
Tanggal 31 Ogos 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya
Kemerdekaan Tanah Melayu
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.

satu malaysia


Satu Malaysia
Konsep “1 Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”, telah diperkenalkan oleh Dato’ Sri Najib Bin Tun Abdul Razak setelah beliau secara sah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 pada 3 April yang lalu. Pelbagai persepsi timbul daripada pengenalan konsep ini yang dikatakan menyamai konsep “Malaysian Malaysia” yang diperkenalkan oleh parti politik DAP pada tahun 1960-an. Namun hal ini hanya merujuk kepada ideologi politik yang diperjuangkan oleh individu yang bernaung dibawah pengaruh parti politik tempatan. Sesuatu yang seharusnya menjadi debat dan forum percambahan minda ialah kaedah dan pelaksanaan yang boleh diguna pakai untuk menterjemahkan ideologi kepimpinan beliau dan sejauh manakah pelaksanaannya mempengaruhi penerimaan masyarakat terhadap konsep baru ini. Oleh itu, definisi konsep yang seharusnya merangkumi pelbagai sudut pandangan perlu diperjelaskan untuk membolehkan penerimaan konsep ini dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.
Secara umumnya, Malaysia yang berlatarbelakangkan kepelbagaian kaum dalam satu naungan kuasa raja berperlembagaan amat menitikberatkan semangat perpaduan dan patriotisme yang tinggi dalam setiap diri masyarakatnya. Hal ini perlu dijaga dan sering diberi perhatian bagi menjaga keamanan dan keselamatan negara. Oleh itu, konsep 1 Malaysia ini secara sosiologinya bermaksud kewujudan satu bangsa yang besar yang digelar “Bangsa Malaysia” dan menggantikan dasar perkauman yang hanya menjauhkan hubungan antara kaum di negara ini. Bangsa-bangsa di negara ini harus membentuk satu budaya penerimaan pelbagai aplikasi adat, budaya dan peraturan yang dipraktikkan sesebuah kaum bagi meningkatkan kesefahaman dan menjayakan gagasan ini. Sikap hormat-menghormati dan mesra antara kaum amat penting bagi menzahirkan jati diri Bangsa Malaysia. Oleh itu, pemupukan nilai murni ini bolah dilaksanakan di peringkat awal lagi khususnya dalam membina kehidupan berjiran di kawasan perumahan agar gagasan 1 Malaysia dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat. Dalam aspek politik pula, gagasan ini perlu tulus dan mencakupi pelbagai fahaman politik negara. Pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan bukan sahaja perlu bersama dalam menjayakan gagasan ini malahan perlu mengetepikan ideologi dan kepentingan politik mereka. Hal ini kerana keperluan dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan negara yang harus didahulukan sebelum kepentingan politik mengambil tempat. Parti-parti politik yang berpengaruh perlu bersifat glokal bagi mancari usaha ke arah pembangunan modal insan yang jitu dan mapan serta mampu bersaing dengan arus permodenan dunia. Persaingan politik perlu diketepikan dan pembentukkan sahsiah yang baik merupakan contoh yang berguna kepada masyarakat. Sikap suka menjatuhkan pula amat bertentangan dengan gagasan 1 Malaysia yang lebih bersifat menggalakkan dan mendukung usaha ke arah pembentukkan Bangsa Malaysia. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 seharusnya menjadi pedoman dalam setiap kamus kehidupan pemimpin mahupun rakyat di negara ini agar langkah menjaga Bangsa Malaysia dapat diperkukuhkan.
Seterusnya, aspek ekonomi pula lebih memperlihatkan penghapusan dasar “Pecah dan Perintah” yang diperkenalkan oleh penjajah barat sebelum Tanah Melayu (Malaysia) mencapai kemerdekaan. Meskipun sudah 52 tahun, Malaysia mencapai kemerdekaan, namun kesan daripada dasar ini masih jelas kelihatan. Oleh itu, menerusi gagasan 1 Malaysia ini, sektor ekonomi lebih tertumpu kepada kesamarataan penguasaan ekonomi masyarakat. Jika dahulu kaum Melayu lebih tertumpu kepada bidang pertanian dan perikanan, kaum Cina memonopoli bidang perniagaan dan perlombongan serta kaum India hanya tertumpu kepada bidang perladangan dan estet, kini pelbagai kaum mampu menceburkan diri dalam bidang yang mereka mampu bangunkan. Monopoli bangsa tertentu ini mampu dipecahkan menerusi dasar-dasar yang dibentuk oleh ahli-ahli Dewan Parlimen menerusi kaedah perlembagaan negara. Dalam hal ini, bantuan dan sokongan daripada kerajaan mampu memberi peluang dan suntikan semangat kepada individu yang berusaha untuk menceburkan diri dalam bidang yang berpotensi untuk dimajukan. Kesannya, ekonomi negara mampu diperkasakan oleh rakyatnya sendiri yang membentuk gagasan 1 Malaysia. Dalam pada itu, aspek pendidikan turut menjadi fokus utama pengenalan gagasan 1 Malaysia. Institusi-institusi pendidikan di negara ini yang berlandaskan kurikulum yang telah ditetapkan Dasar Pendidikan Negara perlu memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai 1 Malaysia dalam diri dan mentaliti pelajar agar memahami kepentingan dan kewajaran gagasan ini diperkenalkan. Secara definisinya, konsep 1 Malaysia dalam pendidikan merangkumi pembentukan sistem pendidikan yang ideal dan sesuai untuk keseluruhan masyarakat amnya. Penghapusan dasar pendidikan yang hanya berkepentingankan sesebuah bangsa dan menafikan hak golongan tertentu merupakan matlamat 1 Malaysia dalam pendidikan. Persaingan yang sengit antara pelajar hari ini dalam memperoleh peluang pendidikan yang lebih tinggi menuntut kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertindak bijak dan saksama agar peluang yang diwujudkan tidak menindas mana-mana pihak atau bangsa tertentu. Selain itu, pembentukan satu jenis sekolah sahaja yang menggunakan satu bahasa penghantar yang rasmi iaitu bahasa Melayu mampu melahirkan bangsa Malaysia yang mantap dari segi perhubungan antara kaumnya. Justeru itu, tindakan-tindakan seperti ini amat membantu dalam melahirkan golongan pemimpin yang berfikiran kreatif dan berpandangan jauh untuk masa depan negara mereka yang tercinta.
Selain itu, aspek agama dan kepercayaaan setiap bangsa di Malaysia turut diambil kira dalam usaha menjayakan gagasan 1 Malaysia. Hal ini kerana, agama dan kepercayaan merupakan pengaruh terbesar dalam menghasilkan keputusan yang melibatkan pertimbangan yang dilakukan oleh aspek lain. Oleh sebab itu, 1 Malaysia dalam soal agama dan kepercayaan merujuk kepada sikap keterbukaan masyarakat dalam menerima dan menghormati prinsip dan amalan agama sesebuah bangsa. Agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian merupakan agama yang menjadi anutan sebahagian besar masyarakatnya. Justeru itu, sensitiviti agama dan perkauman perlu dijaga dan tidak boleh dipermainkan bagi menimbulkan kemarahan dan ketegangan yang seterusnya menidakkan kejayaan gagasan ini. Pengenalan konsep rumah terbuka dan kunjungmengunjung yang semakin diguna pakai semasa musim perayaan oleh masyarakat tempatan merupakan salah satu kaedah bagi mempelajari sesuatu adat dan memahami sensitiviti sesuatu kaum seterusnya memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain. Langkah muhibah ini mampu memperjelaskan lagi secara rohaninya konsep 1 Malaysia.
Kesimpulannya, gagasan 1 Malaysia bukan sahaja satu harapan untuk generasi akan datang sebaliknya langkah ke arah pembentukannya perlulah bermula daripada sekarang. Seruan pemimpin negara, perlu disahut semua pihak dalam usaha menjayakannya. Perkongsian ideologi dalam menjayakannya perlulah bersifat mantap dan pelaksanaannya perlulah secara bersepadu bagi merealisasikan harapan beliau kepada negara. Kesannya bukan sahaja melibatkan negara secara umumnya, malahan meliputi pelbagai lapisan masyarakat di negara ini. Oleh itu, semangat 1 Malaysia perlu didukung semua pihak untuk memacu negara ke peringkat yang lebih tinggi dan menyiapkan negara dalam mengharungi arus permodenan, pembangunan, persaingan dan globalisasi dunia. Diharap gagasan ini akan mencapai matlamat dan halatuju seperti yang telah ditetapkan.

Seroja



Seroja

Mari menyusun seroja bunga seroja
Hiasan sanggul remaja puteri remaja
Rupa yang elok dimanja jangan dimanja
Pujalah ia sekadar sekadar saja

Mengapa kau bermenung
Oh adek berhati bingung
( 2X )

Jangan kau percaya asmara
Dengan asmara
( 2X )

Sekarang bukan bermenung
Zaman bermenung
( 2X )

Marilah kita bersama
Memetik bunga
( 2X )

Di mana kan ku cari ganti

Sheila Majid


Di Mana Kan Ku Cari Ganti 

Di manakan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku derita dan berhati patah
Hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal ku sendirian
Tiada berteman dalam kesunyian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hati ku menambah derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di manakan ku cari ganti
Mungkinkah di Syurga
Untuk teman ketawa
Menangis bersama selama-lamanya


cikgu dila suka lagu ni :)

Lagu koir untuk pelbagai persembahan



Biodata P.Ramlee 
Tan Sri Dr. P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 di pagi Aidil Fitri. Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Aceh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakun di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Perkahwinan 


P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris tetapi perkahwinan mereka tidak kekal lama. Perkahwinan kedua P. Ramlee adalah dengan Noorizan Mohd Noor, seorang kerabat diraja Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang dicintainya itu. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi P. Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seninya yang menyebakan perkahwinan mereka retak. Kali terakhir adalah dengan Salmah Ismail (Saloma) pada 1961.

Wanita dalam hidup P. Ramlee menyintai beliau atas sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintai P. Ramlee ketika beliau masih belum ternama manakala Norizan menyintai P. Ramlee sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal. Walau bagaimanapun, Saloma menyintai P. Ramlee seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.
Penghargaan sebelum@selepas pemergian


P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, semasa hayatnya beliau dianugerahkan darjah Ahli Mangku Negara (AMN) oleh YDPAgong ke3 pada 3 Jun 1964 (rujuk gambar di sebelah).

Selepas pemergian pula Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka Peringatan P.Ramlee" pada tahun 1986. Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982. Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor".

Kemudian, sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia iaitu pada tahun 2007, P. Ramlee telah terpilih sebagai 10 calon terakhir bagi program "Anak Gemilang Malaysia" yang mengiktiraf rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan kejayaannya menaikkan nama negara di mata dunia.

Pada tahun yang sama, kisah hidup beliau juga telah dipentaskan dalam satu pementasan teater muzikal dengan tajuk "P. Ramlee - The Musical... Hidup, Cinta and Inspirasi"



lagu air pasang pagi



Air pasang pagi,
                                                 
surut pukul lima,
  
Bangun pagi-pagi,      
                                      
Siram pokok bunga.
  
Pokok bunga melur,    
                                       
Tanam tepi batas, 

Itik bertelur,       
                                                
Ayam menetas



mari nyanyi bersama-sama dengan Cikgu Dila Solfa

lagu anak itik tok wi

lagu kanak-kanak jong jong inai




mengenali alat-alat muzik

jom buat latihan teori !

mari belajar teori muzik

lagu kanak kanak lagu tiga kupang



Lagu Tiga Kupang

Lagu tiga kupang

Sagu penuh padi

Enam ekor burung

Masuk dalam kuali

Bila sudah masak

Burung nyanyi saja

Tentu sedap makan

Beri pada raja

Raja dalam rumah

Buat kira kira

Suri dalam dapur

Makan roti gula

Dayang tepi kolam

Mahu jemur tepung

Datang burung hitam


Patuk batang hidung


Mari nyanyi lagi bersama Cikgu Dila Cik Solfa.

lagu kanak-kanak


Lagu Anak Ikan

Anaklah ikanlah ikan dimakan ikan.

Anaklah ikanlah ikan dimakan ikan.


Ikanlah kecil tulangnya banyak tulangnya.

Ikanlah kecil tulangnya banyak tulangnya.

Marilah kitalah kita bersuka ria.

Marilah kitalah kita bersuka ria.

Sambil menyanyi menyanyi gelak ketawa.

Sambil menyanyi menyanyi gelak ketawa.


Mari nyanyi bersama sama Cikgu Dila Cik Solfa.

Wednesday, 5 December 2012

Tanya sama pokok



Lagu Tanya Sama Pokok

Tanya sama pokok 

Apa sebab goyang

Nanti jawab pokok 

Angin yang goncang

Tanya sama angin

Apa sebab hujan

Nanti jawab angin

Tanya lah awan

Awan nanti kata

Aku kandung air

Sampai tempat sejuk

Aku pun cair

Lihat dalam air

Nampak bayang-bayang

Campak satu batu

Bayang pun hilang


Mari nyanyi bersama-sama Cikgu Dila Cik Solfa...


aku guru muzik







Seronok betul murid2 dan cikgu dila mengajar dan belajar muzik..........muzik menjana otak kanak2..... tak percaya ...cubalah.......



Video Ikan kekek





Hayatilah lagu Ikan kekek ini ya....banyak nilai murni dan unsur moral dalam kandungan lagu ini.......semoga terhibur.........

Tuesday, 4 December 2012

cikgu dila


Engkaulah permata di pandangan
Lemah tubuhmu lesu kelihatan
Namun semangatmu utuh meyakinkan
Wajahmu bersinar dalam kesakitan

Guruku

Jika dapat kurasai dan dikongsi
Ku tawar diri sebagai galang ganti
Ketabahanmu terpancar walau sakit tidak terkira
Sempit dadaku menahan sebak lara
Hanya Allah tempat mengadu mencurah rasa
Buat guruku yang cekal hati berjiwa angkasa

Guruku

Jasamu pada kami tiada tandingan
Tiada harga sebagai nilaian
Redhai kami ampunkan kesalahan
Semoga Allah kurnia balasan

Guruku

Dirimu yang ku rasakan
Mengenalimu suatu kelebihan
Mendekatimu suatu keindahan
Mencontohimu suatu kepuasan
Keresahanmu suatu igauan
Ceria tawamu suatu kebahagian
Penderitaanmu suatu keperitan
Kesakitanmu suatu kesedihan
Ketabahanmu suatu perjuangan

Guruku

Engkaulah bapa engkau teman
Ajaran, teguran, marahan ku jadikan pedoman
Begitu agung dan tinggi tanda arasmu
Tidak tergapai jejak langkahmu
Namun ku cuba sedaya mampu

Guruku

Budimu menggunung tidak terkira
Seiring bapaku yang memelihara
Engkaulah harta anugerah yang esa
Tidak terbayang jika engkau tiada

Guruku

Terima dan redhakanlah akan hamba
Walau tercalit cacat dan cela
Walau pernah terguris rasa
Walau pernah memendam nestapa

Guruku

Janji setia telah ku lafazkan
Pesananmu padu ku genggam
Ajaranmu ku jadikan warisan
Nama mu akan ku pertahankan

Guruku

Di hari lahirmu aku menyembam
Kepada tuhan sekelian alam
Agar dirimu diberi peliharaan
Buat menyambung tugasan ehsan
Mendidik kami diserata alam

Tuesday, 20 November 2012

bila cuti sekolah panjang


tengok tu anak-anak Cikgu Dila...
bila cikgu dila tanya anak-anak ....cuti-cuti ni nak pergi mana...

kakak: em...nak pergi mana ya...
wawa: kita pergi legoland                  
ibu: ala jauh sangat...dan mahal sangat la...
farah: kita pergi rumah nenek ibu...
ibu: haa boleh juga tu..macam mana kakak...
kakak: em..boleh la...
ibu: ok...kalau balik rumah nenek ...ada masa kita pergi mandi-mandi
kat pasir putih kalumpang resort ya...
anak-anak: yeh...yeh...




musim cuti sekolah


anak-anak Cikgu Dila pergi berkelah di pasir putih kalumpang resort...sejuknya....

sekarang ni musim cuti-cuti sekolah...boleh la pergi beramai-ramai satu keluarga...

ok sekarang ce cite pengalaman wawa pergi berkelah kat sini...

wawa: Rase best sebab dapat memanggang ikan,kerang,udang dan lain2. Selepas itu,dapat makan sama2

 dalam keadaan yang sejuk(selepas mandi). And then,wawa sambung mandi. Wawa,kakak dan Arul main 

"SIAPA YANG TENGGELAMKAN KEPALA PALING LAMA DIA YANG MENANG".




Saturday, 17 November 2012

SAHABATKU

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.

SEBUAH KAMPUNG (Kepada warga dunia, cintailah kedamaian ini)

Sebuah kampung
sebatang jalan raya
dan aku
lengkap sebuah senario
bernama nostalgia
tapi untuk apa?

Pertanyaan ini
sering aku tanya di sini
kepada diri
tapi ….

Sudah ke utara, selatan
timur dan barat tapi
tidak juga kutemui
pemutus kata
antara hitam dan putih
melainkan merah belaka
hampa.

Esok,
akan kuterus pencarian ini
jika kaulihat aku di jalanan
khabarkan kepada semua orang
Tuhan itu satu.

Hati ku terluka kerinduan…
Mencari wajah disebalik mata…
Hati ku kusut kesepian…
Tanpa cinta dari Dia…

Dapatkah aku merindui Mu…
Dalam takbir Al-Quran…
Dapatkah aku mencintai Mu…
Dalam tirai perjalanan…

Telah ku teroka segala Rahsia…
Walau mendung menunjuk hampa…
Telah ku menoktahkan dalam lena…
Walau mentari muncul bahagia…

Dapatkah aku memburu Mu…
Dalam segala kepahitan mengundang…
Dapatkah aku melihat Mu…
Dalam segala kekusutan mendatang…

Ke mana harus ku tuju…
Segala rindu mencengkam jiwa…
Ke mana harus ku mengadu…
Segala cinta didalam jiwa…

Dapatkah aku memeluk Mu…
Dalam lena tidur ku…
Dapatkah aku sembah Mu…
Dalam sujud diatas sejadah ku…

Dimana kewujudan diri Mu…
Tunjukkan kepada hamba Mu ini…
Dimana tempat tepat Mu…

Akan ku cari wajah Mu…
Walaupun ku mati dalam penglihatan ini…
Kerana diriMu…
Aku belayar mencari penawar sepi…



WARISAN KESENIAN


1.TARIAN MAK YONG.

Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu. Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang.


2.TARIAN ZAPIN
Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam.Kini,tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal. Sebagai contoh majlis perkahwinan,majlis perasmian dan sebagainya.


3.TARIAN GAMELAN.

Tarian Gamelan mula dipersembahkan di Istana di Empayar Riau dan Lingga pada kurun ke-17. Ia mula dipersembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain

Menurut Tengku Mariam, pada asalnya tarian ini terdiri daripada 77 jenis Gamelan tetapi pada hari ini hanya tinggal 33 jenis Gamelan sahaja kesan daripada ketiadaan tenaga pengajar jenis tarian itu. Tarian ini dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh dipentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh dilihat dari segi seni tari tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat tarian Melayu.



TARIAN KAUM CINA



1. Tarian naga
Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina.Sepertilah tarian singa,tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan.Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang identiti etnik.

Pada fikiran orang cina,naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan.Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu,sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa,bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.



TARIAN KAUM INDIA

1.TARIAN KATHAK
Tarian Kathak merupakan salah satu tarian klasikal India yang berasal dari utara India.
Perkataan Kathak berasal dari perkataan india iaitu katha yang bermaksud "seni bercerita" .

Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada dewa-dewa Hindu. Kathak telah berkembang ke istana-istana pemerintah

Pada kurun ke-11 dan 12, diwaktu pemerintahan era mogul di India persembahan tarian Kathak telah berpindah dari kuil ke istana-istana Mogul. Seni tarian Kathak ketika itu juga telah dicampuri tarian budaya Turki dan Parsi. Ketika era inilah teknik chakkar (pusing) diperkenalkan dipercayai dari Tarian Sufi dari Turki.



TARIAN KAUM KADAZAN

TARIAN SUMAZAU

Tarian sumazau adalah tarian kaum kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlahan serta pergerakan yang menggambarkan burung yang sedang terbang

Friday, 16 November 2012

semula kusangka,
kau gelombang.
tapi setiap kurenangi,
kau mengasing bagai angin

dan hijaunya lumut,
berpendar,
dalam riak gelombang yang pulang
karena setiap hempasannya,
adalah rindu.

namun pantai
setia menunggu,
walau pelepah nyiur
luruh ditelan waktu.
di garis itu, pantai kan setia
hingga gelombang datang menyapa

Ros....harummu seindah bungamu

Aku suka dia.(bunga ros)


Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia


Bila dia mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Ooooooooo....

Kekadang hatiku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diri ku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Ooooooooo....

Mungkinkah aku
Kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ooooooooo...










Friday, 26 October 2012

Latihan 1

Nota 1:Karangan umum

Contoh Karangan

Tulis sebuah karangan yang bertajuk "Hobi Saya". Gunakan kata-kata yang diberikan sebagai panduan.

  mengumpul setem-pelbagai bentuk-luar negara-dalam negara-rakan-rakan-kakak-abang-pengetahuan-kebudayaan-lambang negara-masa lapang-berfaedah

  Hobi saya mengumpulkan setem.  Saya telah mengumpulkan setem yang pelbagai bentuk dan warna.  Setem-setem itu saya simpan di dalam album setem.

  Setem-setem itu ada yang saya peroleh dari luar negara.  Ada juga dari dalam negara.  Saya memperoleh setem-setem itu daripada rakan-rakan.  Kadang-kadang abang dan saudara-mara memberikan setem-setem itu kepada saya.  Ada sesetengah setem tersebut saya beli di pejabat pos.
  
  Hobi saya ini dapat memberikan pengetahuan.  Saya dapat mengetahui pelbagai kebudayaan dan lambang negara lain melalui setem yang saya kumpulkan itu.  Selain itu,saya dapat mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah juga.

Pengenalan


Selamat datang ke blog saya. Tujuan saya membina blog ini adalah untuk berkongsi idea pengajaran dan pembelajaran dengan rakan-rakan guru. Selain itu murid-murid juga boleh mendapatkan nota serta latihan yang saya bina. Adalah diharapkan blog ini akan dapat memberi manfaat kepada semua yang melayarinya.