Followers

Friday, 26 October 2012

Nota 1:Karangan umum

Contoh Karangan

Tulis sebuah karangan yang bertajuk "Hobi Saya". Gunakan kata-kata yang diberikan sebagai panduan.

  mengumpul setem-pelbagai bentuk-luar negara-dalam negara-rakan-rakan-kakak-abang-pengetahuan-kebudayaan-lambang negara-masa lapang-berfaedah

  Hobi saya mengumpulkan setem.  Saya telah mengumpulkan setem yang pelbagai bentuk dan warna.  Setem-setem itu saya simpan di dalam album setem.

  Setem-setem itu ada yang saya peroleh dari luar negara.  Ada juga dari dalam negara.  Saya memperoleh setem-setem itu daripada rakan-rakan.  Kadang-kadang abang dan saudara-mara memberikan setem-setem itu kepada saya.  Ada sesetengah setem tersebut saya beli di pejabat pos.
  
  Hobi saya ini dapat memberikan pengetahuan.  Saya dapat mengetahui pelbagai kebudayaan dan lambang negara lain melalui setem yang saya kumpulkan itu.  Selain itu,saya dapat mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah juga.

1 comment:

  1. Assalamualaikum.Paparan blog yang menarik.Adanya maklumat yang dapat dikongsi bersama.Alangkah baiknya sekiranya saya dapat lebih banyak contoh atau tips untuk rujukkan anak-anak saya.

    ReplyDelete