Followers
Friday, 26 October 2012
Nota 1:Karangan umum
Contoh Karangan
Tulis sebuah karangan yang bertajuk "Hobi Saya". Gunakan kata-kata yang diberikan sebagai panduan.
mengumpul setem-pelbagai bentuk-luar negara-dalam negara-rakan-rakan-kakak-abang-pengetahuan-kebudayaan-lambang negara-masa lapang-berfaedah
Hobi saya mengumpulkan setem. Saya telah mengumpulkan setem yang pelbagai bentuk dan warna. Setem-setem itu saya simpan di dalam album setem.
Setem-setem itu ada yang saya peroleh dari luar negara. Ada juga dari dalam negara. Saya memperoleh setem-setem itu daripada rakan-rakan. Kadang-kadang abang dan saudara-mara memberikan setem-setem itu kepada saya. Ada sesetengah setem tersebut saya beli di pejabat pos.
Hobi saya ini dapat memberikan pengetahuan. Saya dapat mengetahui pelbagai kebudayaan dan lambang negara lain melalui setem yang saya kumpulkan itu. Selain itu,saya dapat mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah juga.
Pengenalan
Selamat datang ke blog saya. Tujuan saya membina blog ini adalah untuk berkongsi idea pengajaran dan pembelajaran dengan rakan-rakan guru. Selain itu murid-murid juga boleh mendapatkan nota serta latihan yang saya bina. Adalah diharapkan blog ini akan dapat memberi manfaat kepada semua yang melayarinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)